Pages

Monday, August 30, 2010

MeRdEkA...

Merdeka.....Merdeka....

Tanggal 31 Ogos 2010, Malaysia menyambut kemerdekaan ke-53. Ape aktiviti aku malam tadi? Hmmm...x byk...tapi enjoy. Mule bergerak ke Shah Alam pada pukul 09:30mlm. Tujuan aku? Haaaa....konvoi di dlm UiTM, join ngn kelab konvoi aku dulu...ahhaha...tapi boring nak mampus, maybe yang lead konvoi perangai x cun. Hahahaha...

Konvoi ngn dak HELLS; kebykan dari pantai Timur punye budak, bese la bile dah ramai dorang ni, mende best jadi x best. Kitorang pown berkonvoi la berpusing lam UiTM tu ngn penuh rase boring + xde chicks yang naik moto join kitorang. Dalam rase boring tu, ade la satu FZ 150i potong + menyelit kat konvoi kitorang tu, mmg aku pantang tul perangai camni. Hahahha, pe lagi, aku ngn membe aku yang kai RxZ bagi asap kaw kaw punye la kat mamat tu, haa..amik ko...!!

Pas konvoi kitorang lepak kat stadium UiTM tgk persembahan merdeka yang macam2 tuh. Boring aku, awek pon x ramai lam tu, nak mengayat pon xde mud. Abis bunga api aku lepak kat Nasi Lemak Cinta Sayang, pekene kopi ais ngn Nasi goreng daging merah. Phuh lazat....Abis je melantak kitorang pusing2 kat dataran Shah Alam. Melepak la kitorang kat ctu smpai la boring.

Haa..part ni yang best, lam kul 3 lebey, aku pun nak chalo balik umah, tapi aku gian nak main lap kat bulatan masjid tu. Aku pun deal ngn partner aku, die gune RxZ. Aku taw dah mesti kalah punye, tapi aku just nak hepi hepi main lap. Rekod la aku 110km/h main lap kat ctu. Phuh........goyang aku nak lap kat ctu, maybe keberanian dah kurang disebabkan faktor umur kot.

Itulah cite mlm merdeka aku, ley la aku katekan, ni la mlm merdeka paling boring tahap gaban.
Yang best part main lap tu je la. K la guys, tu cite aku yg 2 cents aku nak share..

Take care guys!!!!


SELAMAT MERDEKA!!!!!!!!!!!

Sunday, August 29, 2010

MANDI WAJIB NIH!!!!

Mandi Junub

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Saturday, August 28, 2010

*********XxX**********

Salam...
Yeay..mlm ni maybe name kad S.E.M akan diedar kan..hmm...step pertama dah jalan, letter head otw, tapi duit je poblem...bile aku nak gaji ni.

Ari Amir x jadi wat gathering buke pose, jadi kau pon buke pose ngn sumone kat Shah alam nun. Peken Chicken chop. HUhahahaha...

Ntah ape mak tulis, aku pon tak taw,,,nanti je la tulis..

Tuesday, August 24, 2010

Steel Heart - She's Gone


She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

Monday, August 23, 2010

*****THE EXPENDABLES*****







Salam sejahtera guys..
Ahad ari enjoy, tak perlu perempuan, hanya kepala laki2 yg gile2....tu je yang diperlukan ntuk enjoy. MBO destinasi terbaru tempat port geng S.E.M yang aktif mencari jalan menjayakan projek bulan 12 ni. Si Amer asal nampak bende je, trus di"S.E.M kan. Dasat + kronik mamat ni.

Cite yng ditonton, memang terbaik dari ladang ladang. Aksi2 membunuh penuh dramatik, darah bagaikan air paip PUAS (Perbadanan Urus Air Selangor). Peluru gugur bagai ujan dipetang ari. Memang kene ngn jiwa aku nih. Wahahaha...Idea mencurah bakal diterima pada fan2 S.E.M

Ni aku letaks nenerapa picture ntuk tatapan manusia2 di bumi..


Saturday, August 21, 2010

++++S.E.M++++






Aku
(Gambar pertama) Haa..itula ASHRUL..aku la tu...hahaha..la gmbr ni mase buke tadi, Mkn nasi goreng pattaya spesial. Tugas aku arini telah dibantu oleh GM dam OM aku. Bagus dorang, by time kite tiga orang ni dah taw serba sedikit ttg event yg akan dilancarkan nt. Aku insyaALLAH akan menjaga bhgn kewangan syarikat, walupun syarikat takde ape ape aset setakat ni. Doakan aku berjaya disamping kawan2 aku yang ensem2 ni (aku paling ensem taw), ehhehehehe...


Amir
(Gambar ke - 2) Ini la budak amir, pencetus idea SFT dan SEM, byk idea, berani mencube, dgr pendapat orang, always positive. Pada aku mamat gemuk ni ade ciri ciri untuk jadi berjaya. Semoga kite maju kehadapan dlm bisnes ni. Aku support ko. Support moral je, duit ko support la sendiri..hahahaha....(GM S.E.M)


Austin
(Gmbar ke - 3) Ni la AuStin atau name Islam beliau Khairul Anwar Syafie. Merangkap sbg Pengurus Opersai Event di S.E.M. Walaupun tiada pengalaman, beliau menunjukkan kesungguhan yang tinggi, dan Alhamdulillah, kami same-same dapat belajar. Khairul, bulan 12, kite hantam abis!!!!


NEVER SAY NO!!!!!!
Ramadan ke - 11, Anggota S.E.M berbuka pose, kami bertiga baru sahaja selesai tugas untuk projek bulan 12 ini. Hanya bertiga hari ini.Tugas utama adalah untuk aku, tapi syukur ade bantuan rakan-rakan seperjuangan, membuat aku yakin, projek ini akan berjaya.

Bak kate pepatah, alang-alang menyeluk pekasam bio sampei ke pangkal lengan. Untung atau x kite tolak tepi. Yang penting, kite abiskan ape yang dah kite mulakan. Buktikan anak melayu bole maju dalam apa jua bidang.

Pada kwn kwn yang ade bisnes event2, atau nak wat event ley majukan email ke email aku
asrul2k_kaka@yahoo.com



Friday, August 20, 2010

-------- Oezil ke REAL MADRID --------


Salam sejahtera guys.


Ramadan ke-11 tibe, lebih kurang lagi setengah bulan lagi, Syawal akan tibe.
Jendela perpindah pemain - pemain bolasepak skrg sedang aktif beroperasi' Pepindahan terbaru adalah melibatkan pasukan Real Madrid, yg membeli bintang Piala Dunia Mesut Oezil.

Perandcang tengah Jerman itu telah lulus ujian perubatan untuk melengkap nilai perpindahan 15 Juta euro. Oezil meninggalkan kelab Werder Bremen untuk ke Real dgn kontrak perpindahan 6 tahun. Menurut Oezil, pepindahan beliau adalah disebabkan Jose Mourinho.

Jose Mourinho a.k.a The chosen one, pernah membantu kelab Chelsea dan Porto memenangi Champion League. Juga pernah membantu Inter Milan memenangi Champion League cup, kejuaraan pertama selepas 45 tahun.

Adakah Madrid berjaya memenangi trofi besar tahun ini?