WORLD CUP 2010
Demam piala dunia yg ke-19 dah bermula. Perlawanan pertama antara Afrika selatan menentang Mexico berakhir dengan keputusan seri. Jaringan sulung Piala Dunia edisi ke-19 malam tadi dijaringkan oleh pemain dari negara Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala.Tshabalala merembat masuk menerusi sepakan padu kaki kiri pada minit ke-55 melepasi jangkaun penjaga gol Mexico, Oscar Perez. Walaubagaimanapun kegembiraan pasukan tuan rumah tidak berpanjangan apabila pemain dari kelab Barcelona, Rafael Marquez memberi jaringan penyamaan buat Mexico 11 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Usaha pasukan Afrika Selatan untuk mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-90 nyaris membuahkan hasil apabila usaha penyerang Katlego Mphela terkena tiang gol pasukan lawan, walaupun beliau berjaya memperdaya dua pemain pertahanan lawan dan juga Oscar Perez.
Update pasukan lain akan muncul lagi selepas ini..muaahhhxxx