Pages

Monday, September 6, 2010

FAREWELL SHOYA TOMIZAWA dT_Tb


Salam Ramadan-28

Perlumbaan Moto GP di track San Marino telah berakhir, kemenangan berpihak kepada rider bangsa Sepanyol. Walaubagaimanapun , kejayaannye dibayangi kematian penunggang dari Jepun, Shoya Tomizawa ( gambar), yang terkorban dalam perlanggaran pada awal perlumbaan.

Penunggang berusia 19 tahun yang mewakili Technology-CIP ini, terpelanting setelah diasak penunggang Itali, Alex De Angelis dalam perlumbaan di San Marino itu.

Tiga pemenang podium kategori Moto GP - Pedrosa (pertama), Jorge Lorenzo (kedua) dan Valentino Rossi (ketiga) masing2 membatalkan sambutan kemenangan sebaik menerima berita kematian Tomizawa. Dalam perlumbaan itu, Angelis dan penunggang Britain, Scott Reading gagal mengelak dari melanggar Tomizawa yang terpelanting sejauh 40 meter dari kawasan trek.
Dia diberi rawatan selanjutnye di hospital di Riccione yang terletak 30 km dari trek perlumbaan,.

Kecederaan serius di tengkorak, dada dan abdomen dipercayai punca kematian pelumbe muda Jepun ini. Kematiannya adalah yang pertama dalam Grand Prix sejak rakan senegaranya, Daijiro Kato terkorban pada April 2003 dlm perlumbaan Moto GP Jepun Suzuka.

Tomizawa menyertai kategori Moto2 buat kali pertama musim ini selepas dua musim yang mengecewakan dalam kategori 250cc. Beliau memulakan aksinya dgn bergaya dgn memenangi perlumbaan pembuka tirai di Qatar. Dalan perlumbaan kedua di Sepanyol, dia mendapat tempat kedua, tapi tunggangannya mula merosot dan sekadar menduduki tangga ke-7 keseluruhan dgn 82 mata.

Tomizawa, may go bless u, u always in our heart; The GP die hard fan. R.I.P