Pages

Monday, August 16, 2010

SENTOZ EVENT MANAGENT

Sentoz Event Management (S.E.M) ditubuhkan secara rasmi di bawah pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 11 August 2010. Servis yang disediakan merangkumi semua aspek event, terutamanya sukan. Kami akan merancang dan menguruskan majlis yang dikehendaki oleh pihak pelanggan.
Pray for us. :)

*****TRUST and SATISFIED with our services*****

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadan dan Salam sejahtera

Perlawanan EPL 2010/2011 bermula mlm tadi.Chelsea membelasah wigan 6-0. Jaringan pembukaan oleh Flourent Malouda pada minit ke-6, diikuti gol kedua oleh penyerang prolifik, Didier Drogba minit ke 45.

Mendahului 2-0 pada separuh mase pertama, jelas tidak mencukupi bg pasukan The Blues. Gol ketiga jaringan Didier Drogba susulan sepakan sudut Florent Malouda pada minit ke-55. Pesta gol berterusan dengan jaringan ke-empat The Blues menerusi Frank Lampard yang tenang menyudah hantaran pemain pertahanan kiri Chelsea Ashley Cole. Didier Drogba sekali lagi mengegar jaring pada minit ke-68,hanya selepas 5 minit jaringan Frank Lampard. Minit ke-90, gawang West Brom sekali lagi bolos apabila Malouda berjaya meloloskan diri melepasi perangkap offside dan mengelecek Goalkeeper untuk jaringan kedua peribadi perlawanan ini.

****...ViVa ChELseA...****



#....ThE RamAdaN version 02/30....#

Salam and salam sejahtera
Hari keempat pose, takde ape beze, just penat ckit pasal kije n tido x ckup.
huuhuh..persiapan raye masih sedang difikirkan. Adekah baju melayu ataupun enjin 4g91 akan menjadi barang raye aku. Huhuhuhu...aku x taw nak ckp pe dah ni..
To my muslim fren happy Fasting and dun skip (male only).


hEhEHehEEHehe

Thursday, August 12, 2010

#....ThE RamAdaN....#

2 ramadan 1431
Hari kedua puasa di tahun 2010. Tiada byk perubahan , cuma tahun ini aku berpuasa di tanah air kelahiran ku, negara Malaysia. Huhuhuhu...Syukur kepada kehadrat Illahi, rezeki aku agak murah.

Memulakan kerja di persekitaran baru di Kilang Samsung Port Klang sbg Utility and facilities Engineer. Rakan sekerja yang spoting n friendly plus chicks yang bersepah sepah berkeliaran bagaikan anak ayam..huahhaha..

Condition aku skang, masih lagi berusaha menentang virus selesema yang menyerang aku selama 3 ari. Phuh..azab beb. Rakan seperniagaan aku, sedang berusaha mengembangkan syarikat kami yang bakal memulakan projek terbaru dlm mase terdekat. SENTOZ EVENT MANAGEMENT (S.E.M), name kompani keramat kami yang didaftarkan pada 13th August 2010. Semoga cita cita ini tidak berkubur separuh jalan.

Bisnes ikan puyu, hmm...no komen...macam kawan yang aku kenal berbelas taun, menipu aku je, hmm..tapi tu perasaan aku la..kene la siasat lu....

Ok aku update takat cni je la.....dah penat menghirup hingus dah..hhuhuhu..
Guys..take care..
n selamat pose...
:P

Friday, June 11, 2010

Africa vs Mexico

WORLD CUP 2010
Demam piala dunia yg ke-19 dah bermula. Perlawanan pertama antara Afrika selatan menentang Mexico berakhir dengan keputusan seri. Jaringan sulung Piala Dunia edisi ke-19 malam tadi dijaringkan oleh pemain dari negara Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala.
Tshabalala merembat masuk menerusi sepakan padu kaki kiri pada minit ke-55 melepasi jangkaun penjaga gol Mexico, Oscar Perez. Walaubagaimanapun kegembiraan pasukan tuan rumah tidak berpanjangan apabila pemain dari kelab Barcelona, Rafael Marquez memberi jaringan penyamaan buat Mexico 11 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Usaha pasukan Afrika Selatan untuk mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-90 nyaris membuahkan hasil apabila usaha penyerang Katlego Mphela terkena tiang gol pasukan lawan, walaupun beliau berjaya memperdaya dua pemain pertahanan lawan dan juga Oscar Perez.

Update pasukan lain akan muncul lagi selepas ini..muaahhhxxx

Wednesday, June 9, 2010

HUHUHU

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

P/s Ini emel yg difoward kepada patik ; just nak kongsi jek ngn korang..!!