Hari ini 18 Disember 2010, Hanya tinggal 13 ari lagi Fatin x akan kontek aku. Dan bile tibe ari itu, aku tekad akan kembali ke diri aku 7 tahun yang lalu. Aku mahu kembali menjadi org yang bersikap keras, hati kering. Tiada siapa yang tahu, siapa aku 7 tahun dulu, ketika masih mude remaja gitu. Tiada siapa yang tahu termasuk mak n bapak aku and siblings2 aku.
Kau tidak perlu memaksa dirimu untuk tak kontek aku lagi, kerana aku akan buat kau benci pada aku. Bile kau benci padaku, mungkin kau tidak akan mcj and kontek aku lagi.Dua tahun setengah, aku kenal dirimu. Dari situ aku taw ape yang dirimu sukai dan benci.
Kau katekan padaku,kau memaksa dirimu tinggalkan aku. Setelah aku berfikir di Highway KESAS nun, mungkin kau tidak gembira bersamaku. Mungkin aku tidak menepati ciri caring seorang lelaki yang kau harapkan. Mungkin juge aku terlalu kurus. Segalanya mungkin.....tapi padaku, jika Afiq tidak kacau, kau pasti masih bersamaku, dan mungkin 2 taun lagi kau bergelar Mrs Ashrul. Tapi itu hanya tinggal mimpi.
Tidak pernah aku mengabaikan kau, jika itu yang kau luahkan pada si lahanat afik tu. Mungkin aku dibesarkan dgn cara yg berbeza dgn mu. Lalu perwatakan ku yang keras dan independent itu x begitu sesuai dgn jiwa mu yang lemah lembut. Tapi selama kita berkapel, kau byk merubah hidup ku, merubah persepsi ku terhadap org lain, merubah adab dan caraku supaya lebih sopan. Nice and steady..:)
Pernah kakak ku berkata semasa kami bertekak "Takkan ade awek yang suke kat ko la, pasal ko ni pendek n kurus". Statement ni wat aku tak bertegur sapa ngn die selama 7 taun!!. Statement ni jugak yg wat aku rase sgt rendah diri dan tidak berkawan ngn perempuan, bahasa lain nye, morale down...keh..keh..keh..
Bapa aku pernah kate padaku "Malu aku nak bawak kau kuar". Mase tu aku darjah 6,aku merajuk...haha..dok lam bilik, mak dtg pujuk aku,ckp "ayah ko tu gurau2 je".
sampai tika ini, aku rase nak nangis je bile ingat balik kate2 bapak aku tu.
Sampai tika aku di matriks, aku jumpe satu mamat ni name HASNUL, baik budak nye, selalu sparring fighting ngn aku, die taekwondo green belt mase tu. Aku? arap silat x abis blajo je la. Die yang ajar n naikkan balik semangat n morale aku.
Dan kau, perempuan yang pernah dan masih aku sayangi. Kau membuktikan kate2 kakak ku tak betul. Kau menafikan kate2 ayahku itu. Kau tidak pernah mintak yg bukan bukan, sampai adik kau kate dressing aku mcm sakai, kau still masih bersama ku. Kau masih bersama aku walaupun adik kau kate aku cam sakai. Wow...appreciate dat, kau bersama ku bukan kerana material, bukan kerana status ku, bukan kerana latar belakang ku. Tapi kau bersama ku kerana kau menyukai diriku, diriku yang sebenar.
Tapi kini kau hanya kenangan. Kenangan yang akan pudar dan hilang ditelan masa.
Tapi padaku, kau tetap gadis pertama yang berjaya masuk kedasar hati ku yang paling dlm dimana aku letak kan ibu bapaku disitu. Kau yang bernama FATIN SYAZWANI BT ISMAIL.