Pages

Saturday, December 11, 2010

TIADA LAGI

Tiada lagi......
Kini semuanya tiada lagi.
Tiada lagi senyum mu
Tiada gelak tawa mu
Tiada lagi bebelan mu
Tiada lagi cubitan mu
Tiada lagi suapan mu
Tiada lagi org mengambil berat ttg ku
Tiada lagi teman bicara
Tiada lagi nasihat
Tiada lagi...

Mengapa kau memilihnya,
Aku akui kesilapan ku,
Aku tidak sedar akan pengabaian diriku terhadap mu,
Aku ingin membaiki keadaan,
Mengapa tidak kau benar kan.

Seawal pagi Ahad, aku menulis blog ini,
Terfikir diriku,
Mampukah......
Mampukah aku melupakan mu,
Insan yg merubah persepsi ku ttg kehidupan,
Insan yg mengajar ku ttg kesabaran,
Insan yg mengajar ku ttg tatatertib,
Insan yg mengajar ku ttg hormat-menghormati,
Insan yg selalu meredakan api kemarahan ku,
Insan yg menjaga penampilan ku,
Mampukah aku cyg....
Berat sungguh hukuman ini...

Masih segar di ingatan,
Kali pertama bertemu,
Hilang segala marah,
Hilang segala baran,
Tatkala melihat kau muncul,
Sungguh cantik hingga terlupa,
Yg sebenarnya aku marah kerana lama menunggu.

Segala ttg diriku kini adalah hasil dari dirimu,
Mane bisa aku melupakan segalanya,
Baju, seluar, sandal, kasut, hobi, rambut, kuku, kerja...
Semuanya berkaitan dgn mu.

Nyawa...
Kau pernah menyelamatkan nyawa ku,
Ketika kita menyertai trip ke P.D,
Kau menyedarkan aku dari tidur,
Begitu hampir kereta ku hendak ke longkang,
Namun kau menyedarkan ku,
Jika tidak kerana kau,
Mungkin aku tidak di sini,
Mengapa tidak kau korek jantung ku saja,
Supaya aku x bisa melalui segala ini.

Cyg,
Fikirkan kembali,
Jika dia sebenarnya gentlemen,
Dia tidak akan menghalang untuk kita berhubungan lagi sbg kawan,
Dia sedar dia membuat salah,
Dia sedar segalanya.
Dan dia takut...ketakutan akan kesalahan yg dia wujudkan.
Jika dia sakiti dirimu,
Akan aku pecahkan muka dia seperti dia musnahkan hatimu

Telah kau membuat keputusan,
Aku hanya berharap kau,
Menjaga diri,
Menunaikan apa yang telah kau janjikan padaku sblm kau pergi,
Kerana aku,
Tidak yakin padanya,
Aku tidak yakin dia mencintaimu sepenuhnya,
Aku risau kau hanya tempat dia "Touch n Go"


Cyg
Kini kau sudah kembali kepada ibu,
Membuat keputusan meninggalkan diriku,
Secara total,
Harapanku supaya kau akan mengingati ku,
Supaya kau keep in touch dengan ku,

Kau kenal diriku,
Aku bukanlah insan yg pandai bermadah,
Aku bukan insan yg pandai berkata-kata,
Aku bukanlah insan yg pandai bermain kata cinta,
Namun kau,
Kau, insan pertama menjadikan hati aku lembut,
Coretan pagi ini aku tulis dengan penuh seksa,
Menahan airmata.

Andai kata kau dengan dia tidak bertahan lama,
Kembalilah pada insan bernama MOHD ASHRUL AZHWAN ZULKIFLI
Kerana dia tetap mencintai mu.

Cintanya tiada bandingan....
Tiada...cyg